Sunday, 2 October 2011

ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pembelajaran pada 21.9.2011

            Pada kuliah hari ini, Puan Zakiah telah mengajar kelas kita tentang maklumat lanjut tentang literasi maklumat. Dalam kelas hari ini, kita membincangkan tentang :

Ciri-ciri seseorang yang “Information-Literate”
1.Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
2.Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
3.Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.

4.Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan pribadi, akademik dan kerjaya.
5.Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.

6.Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
7.Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.

8. Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.
9. Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
Selain itu, saya juga belajar tentang : 
MENGAPA LITERASI MAKLUMAT PENTING DAN PERLU?
Polisi dan pembangunan negara
-Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
-Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
-Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology”(IT)

Refleksi

         Saya berasa sangat gembira kerana telah belajar satu perkara yang amat penting bagi semua orang dan saya akan selalu mengingatinya. Saya rasa semua orang yang datang ke satu tempat kerja baru, bukan semua perkara mereka perlu tahu, tetapi mereka harus tahu bagaimana untuk memahami apa yang mereka perlu tahu itu lebih penting.  

Ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pembelajaran pada 19-9-2011
          DEFINISI –KONSEP
LITERASI –Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.
LITERASI MAKLUMAT –Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.

Keupayaan untuk mengakses,menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai sumber.

Apa dia akses?
Mengenalpasti keperluan
Bertanyakan soalan berhubung dengan keperluan
Mengenalpasti sumber maklumat
Menyediakan strategi pencarian
Mengesan maklumat –cetak dan ‘technology-based’

Apa dia penilaian?
Memilih dan menilai maklumat
Menentukan kewibawaan
Menentukan ketepatan dan kesesuaian
Mengenalpasti pandangan dan fakta
Buang maklumat salah/mengelirukan
Cipta idea bagi menggantikan maklumat salah/kurang tepat

Refleksi

          Dalam kuliah hari, saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mempelajari tentang maklumat yang berkaitan dengan literasi maklumat. Saya berharap saya dapat  selalu menambah ilmu pengetahuan dari segi literasi maklumat.  


Ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pmbelajaran pada 26-9-2011

          Dalam kuliah hari ini, kita telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Langkah penyelidikan pertama ialah menentukan tugasan atau keperluan.
Langkah-langkahnya ialah :

1.1 Tentukan tujuan
1.2 Tentukan masalah, tanya soalan
1.3 Tentukan keperluan maklumat berhubung dengan masalah
1.4 Gambarkan dengan tepat skop sesuatu topik
1.5 Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
1.6 Buat gambaran/Peta minda
2. Menstrategi proses mengesan sumber.
2.1 Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada
2.2 Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak
2.3 Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan
3. Lokasi dan Akses
3.1 Mengesan sumber maklumat ( fizikal dan intelektual)
3.2 Cari maklumat daripada sumber.
3.3 Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT.
4. Mengguna Maklumat
4.1 Terlibat secara aktif ( membaca, mendengar, melihat, melayari Laman Web)
4.2 Mendapatkan maklumat daripada sumber.
4.3 Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT.
5. Sintesis ( sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber )
5.1 Menyusun maklumat daripada
      - mengguna bahan dengan gaya sendiri
    - guna “ Critikal- Thinking Skills ”
5.2 Menyampaikan maklumat
     - ubahsuai maklumat mengikut format penyampai
     - berkomunikasi dengan tepat, mengambilkira media, mesej dan penonton
6. Penilaian ( kritis )
6.1 Nilai keberkesanan produk kajian
6.2 Nilai keberkesanan dan keefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan

Refleksi

          Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya lagi. Kali ini, saya telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Sebelum ini, saya rasa tidak pernah dengar tentang ini. Oleh itu, saya amat gembira kerana dapat mengetahuinya.

Sunday, 18 September 2011

Ringkasan Pembelajaran


Refleksi
          Saya berasa sangat gembira kerana hari ini saya sudah belajar lagi satu Program  baru tentang computer,  iaitu tentang Microsoft office access. Saya sudah tahu bahawa Microsoft access ini digunakan untuk pangkalan data dan bangunkan system.


Ringkasan Pembelajaran pada 7-9-2011

            A computer security risk is any event or action that could cause a loss of or damage to computer hardware, software, data, information or processing capability. The term cybercrime refers to online or Internet-based illegal acts. Software used by cybercriminals sometimes is called crimeware.The hacker refers to someone who accesses a computer or network illegally. A cracker also is someone who accesses a computer or network illegally but have the intent of destroying data, stealing information, or other malicious action.
            A script kiddie has the same intent as a cracker but does not have the technical skills. A cyberextortionist is someone who uses e-mail as a vehicle for extortion. A cyberterrorist is someone who uses the Internet or network to destroy or damage computers for political reasons. Internet and network attacks that jeopardize security include computer viruses, worms, Trojan horses and rootkits; botnets; denial of service attacks; back doors; and spoofing.
            Popular Antivirus Programs :
-       AVG Anti-Virus
-       Avast !antivirus
-       CA Anti-Virus
-       F- Secure Anti-Virus
-       Kaspersky Anti-Virus
-       McAfee VirusScan
-       Norton AntivVirus
-       Trend Micro AntiVirus
-       Vexira AntiVirus    



Sunday, 11 September 2011

Ringkasan Pembelajaran


Refleksi
       Setelah kuliah hari ini, saya dapat lebih memahami tentang topic “computer security and safety, ethics and privacy” dalam bab 11 dalam buku TMK yang saya beli itu. Saya juga sudah faham sebenarnya jika kami tidak dapat buka satu program dalam pendrive , pendrive tersebut adalah terkena dengan virus . Jadi, kami tidak dapat buka program tertentu. Oleh itu, kami harus sentiasa berhati-hati dengan virus tersebut.
Ringkasan Pembelajaran pada 5-9-2011
            Dalam kuliah hari ini, pensyarah kami telah memberitahu kami bahawa satu kuiz lagi akan diadakan pada minggu depan. Topik yang akan dikeluarkan adalah bab 11 dalam buku TMK yang kami sudah beli itu. Topiknya ialah berkaitan dengan Computer Security risks and Safety, Ethics and Privacy. Puan menyuruh kami semua orang balik membuat ulangkaji tentang bab ini.
            Selain itu, a cybercrime is an online or internet based illegal. Sebenarnya, apa itu honeyspot? Ia digunakan untuk mengatasi masalah pencerobohan. Di samping itu, digital forensics is the discovery, collection and analysis of evidence found on computers and network.
            In the Health Concerns of Computer Use, Ergonomics is an applied science detected to in corporating comfort, efficiency, and safety into the design of item in the workplace.
            Ethics and Society, computer are the meral guidelines that govern the use of computers and information system. Information accuracy is a concern, but not all information on the web is correct. Green computing is pengurangan penggunaan elektrik.
            Lastly, is about a cookies. A cookies is a small text file that a senver stores on your computer. Spam is an unsolicited e-mail message or newgroup pooting. E-mail Filtering blocked e-mail message.
           

Thursday, 1 September 2011


Ringkasan Pembelajaran Pada 24-8-2011
Refleksi
Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat belajar untuk membuat movie dengan membuka Windows Live Movie Maker. Dalam windows live Movie Maker ini, kami boleh import video, import picture dan import music yang kami suka. Saya berharap saya boleh selalu ingat cara ini supaya saya boleh memanfaatkan penggunaan windows ini dengan berfaedah.

Ringkasan Pembelajaran
          Dalam kuliah hari ini, Puan Zakiah telah mengajar kami cara untuk membuat satu movie. Caranya ialah kami perlu membuka Windows Movie Maker dengan klik ALL PROGRAMMES, KLIk WINDOWS LIVE MOVIE MAKER. Dalam programmes ini, kami boleh masukkan gambar, muzik dan video yang kami suka. Setelah itu, transition untuk semua gambar yang kami masukkan itu, kami boleh memilih sendiri dan merekanya dengan kreativiti sendiri. Jadi, kami boleh membuat satu movie yang kami suka. 

Ringkasan Pembelajaran Pada 22-8-2011
Refleksi
          Selepas kuliah hari ini, saya berasa sangat gembira kerana saya telah belajar tentang cara menggunakan Microsoft powerpoint. Selain itu, saya telah mendapat tahu sebenarnya Microsoft powerpoint ini mempunyai  satu slide yang bernama slide master, iaitu boleh menjadikan semua slide itu sama.Seterussnya, saya juga belajar cara untuk memasukkan video ke dalam slide tertentu. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang telah memberi ilmu ini kepada saya supaya saya berpeluang mempelajarinya.

Ringkasan pembelajaran
            Dalam kuliah hari ini, Puan Zakiah telah mengajar kami menggunakan Microsoft Powerpoint, terutamanya dari segi penggunaan slide master. Cara membuka slide master ini ialah klik View dan klik slide master. Slide ini digunakan untuk membuat slide kami semua sama. Jadi, kami tidak perlu membuat banyak kali jika kami ingin slide kami itu sama sahaja. 
           Seterusnya, jika kami mahu masukkan video ke dalam slide, kami boleh klik Insert, Klik Movie, Klik OK. Jika kami ingin movie itu keluar secara terus, kami bolek KLIK AUTOMATIK. Setelah itu, Quick Styles itu kami boleh memilih apa yang kami suka, Shape Fill itu KLIK no fill, Shape Outline KLIK Back in colour.