Ringkasan Pembelajaran Pada 9/10-8-2011
Refleksi
Selepas kuliah hari , saya berasa sangat gembira kerana saya boleh membuat satu bahan bantu mengajar sebagai bahan untuk mengajar murid-murid pemulihan .Dengan adanya bahan bantu mengajar ini , sebagai seorang guru pemulihan boleh menggunakannya untuk mengajar anak muridnya.
Selain itu , bahan bantu mengajar ini boleh menjadikan kelas itu lebih menarik dan boleh menarik perhatian murid untuk menumpukan perhatian mereka dalam kelas semasa kami sedang mengajar. Oleh itu , bahan bantu mengajar ini boleh memberi banyak faedah kepada seorang guru pemulihan dalam pengajarannya. Saya juga berharap saya dapat menggunakannya dalam pengajaran saya kelak.
Ringkasan Pembelajaran
Dalam kuliah dua hari ini , Puan Zakiah telah mengajar kami membuat latihan kemahiran membangunkan bahan bantu mengajar (eWorksheet) dengan menggunakan Ms Excel 2007.
A. Langkah-langkah untuk menghasilkan eWorksheet
1.Klik pada sel A1 dan taipkan UJI KEMAHIRAN MENULIS ANGKA DALAM NOMBOR DAN PERKATAAN .
2.Di dalam sel A2 , taipkan Hitung dan tuliskan bilangan biah-buahan di bawah dalam angka dan perkataan.
3.Di dalam sel A3 , taipkan : Setiap jawapan yang betul, anda akan mendapat 1 markah dan 0 markah untuk jawapan yang salah.
4.Klik pada menu Insert , klik pada Picture dan dapatkan fail durian, jpg dan klik Insert.
5.Ulang langkah 4 untuk fail epal. Jpg dan oren . jpg
6.Susun gambar anda seperti di dalam contoh helaian kerja yang diberi.
7.Taipkan seperti berikut :
Dalam sel G5 , taipkan Angka,
Dalam sel H5, taipkan Skor
Dalam sel I5, taipkan Perkataan
Dalam sel J5 , taipkan Skor
Dalam sel K5, taipkan Jumlah Skor
8.Klik pada sel G17 dan di dalam menu Home klik pada fill colour dan pilih warna.
9.Ulang langkah 8 untuk sel I7, sel I10, sel G13 dan sel I13.
10.Klik pada sel H7, pilih Formulas, klik pada Recently Used dan cari fungsi IF (Anda boleh kik pada Insert Function sekiranya fungsi IF tiada di dalam Recently Used). Tetingkap berikut akan dipaparkan. Klik pada logical_test dan kemudian klik pada sel G7 dan lengkapkan nilai di dalam ruangan .
11.Ulang langkah 10 untuk sel J7 dan lengkapkan ruangan di dalam tetingkap.
12.Klik pada sel K7 , taip tanda= kemudian klik pada sel H7 dan J7.
13.Ulang langkah 10, untuk sel H10 dan H13 tetapi gantikan logical_test dengan nilai yang bersesuaian.
14.Ulang langkah 11, untuk sel J10 dan J13 tatapi gantikan logical_test dengan nilai yang bersesuaian.
15.Ulang langkah 12, untuk sel K10 dan K13 tetapi gantikan logical_test dengan nilai yang bersesuaian .
16.Uji formula anda dengan memasukkan nilai berkaitan di dalam sel G7, I7, G10, I10, G13 dan I13.
B. Langkah-langkah untuk Membina Jadual Skor
1.Di dalam sel B18, taipkan Jadual Skor berbanding Jenis Buah-buahan.
2. Di dalam sel B20, taipkan Jenis Buah-buahan.
3. Di dalam sel C20, taipkan Skor.
4. Di dalam sel B21, taipkan Durian.
5. Di dalam sel B22, taipkan Epal.
6. Di dalam sel B23, taipkan Oren.
7. Di dalam sel B24, taipkan Jumlah Skor
8. Di dalam sel C21, taipkan = kemudian klik pada sel K7
9. Di dalam sel C22, taipkan = kemudian klik pada sel K10
10. Di dalam sel C23, taipkan = kemudian klik pada sel K13
11. Di dalam sel C24, gunakan formula SUM seperti mana yang telah dipelajari.
C. Membina Piktograf
1.Highlight pada Jadual skor (dari sel B20 sehingga C24 ), kik pada Insert dan pilih column , kemudian pilih 2D column.
2.Klik pada lajur Durian di dalam graf, klik kanan .
3.Klik pada Format Data Point .
4.Pilih Fill Dan klik pada Picture or Texture fill.
5.Di bawah Insert from, klik pada Stack and Scale With…kemudian klik pada file..dan dapatkan file Durian.jpg dan klik Insert.
6.Ulang langkah 5 untuk lajur epal dan oren. Klik pada Skor di dalam carta dan taipkan Piktograf Skor Mengikut Jenis Buah-buahan.
Akhir sekali , Puan Zakiah juga telah mengajar kami cara untuk LOCKED file…
--Klik pada Review, klik Protect Sheet,Tip kotak Protect Worksheet and.., klik password yang kami mahu , tip kotak Select unlocked cells, klik OK, reenter password, klik OK .