Ringkasan Pembelajaran pada 21.9.2011
Pada
kuliah hari ini, Puan Zakiah telah mengajar kelas kita tentang maklumat lanjut
tentang literasi maklumat. Dalam kelas hari ini, kita membincangkan tentang :
Ciri-ciri seseorang
yang “Information-Literate”
1.Mengakses
maklumat secara efisien dan berkesan.
2.Menilai
maklumat secara kritis dan cekap.
3.Mengguna maklumat secara kreatif dan
berkesan.
4.Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan
pribadi, akademik dan kerjaya.
5.Menghargai dan seronok
dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.
6.Berusaha
ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
7.Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.
8. Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan
maklumat dan IT.
9. Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi
mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
Selain itu, saya juga belajar tentang :
MENGAPA LITERASI MAKLUMAT
PENTING DAN PERLU?
Polisi dan pembangunan negara
-Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
(k-ekonomi)
-Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk
menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
-Kerajaan
menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan
mengenai “Information Technology”(IT)
Refleksi
Saya
berasa sangat gembira kerana telah belajar satu perkara yang amat penting bagi
semua orang dan saya akan selalu mengingatinya. Saya rasa semua orang yang datang
ke satu tempat kerja baru, bukan semua perkara mereka perlu tahu, tetapi mereka
harus tahu bagaimana untuk memahami apa yang mereka perlu tahu itu lebih
penting.
No comments:
Post a Comment