Sunday, 2 October 2011

ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pembelajaran pada 21.9.2011

            Pada kuliah hari ini, Puan Zakiah telah mengajar kelas kita tentang maklumat lanjut tentang literasi maklumat. Dalam kelas hari ini, kita membincangkan tentang :

Ciri-ciri seseorang yang “Information-Literate”
1.Mengakses maklumat secara efisien dan berkesan.
2.Menilai maklumat secara kritis dan cekap.
3.Mengguna maklumat secara kreatif dan berkesan.

4.Berusaha mendapatkan maklumat berhubung dengan kepentingan pribadi, akademik dan kerjaya.
5.Menghargai dan seronok dengan bahan-bahan sastera dan penulisan kreatif.

6.Berusaha ke arah kecemerlangan dalam mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu.
7.Menyedari kepentingan maklumat dalam masyarakat demokratik.

8. Mengamalkan tingkahlaku yang baik (etika) berhubung dengan maklumat dan IT.
9. Mengambil bahagian secara berkesan dalam kumpulan bagi mendapatkan maklumat dan menjana ilmu.
Selain itu, saya juga belajar tentang : 
MENGAPA LITERASI MAKLUMAT PENTING DAN PERLU?
Polisi dan pembangunan negara
-Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi)
-Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
-Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology”(IT)

Refleksi

         Saya berasa sangat gembira kerana telah belajar satu perkara yang amat penting bagi semua orang dan saya akan selalu mengingatinya. Saya rasa semua orang yang datang ke satu tempat kerja baru, bukan semua perkara mereka perlu tahu, tetapi mereka harus tahu bagaimana untuk memahami apa yang mereka perlu tahu itu lebih penting.  

Ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pembelajaran pada 19-9-2011
          DEFINISI –KONSEP
LITERASI –Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.
LITERASI MAKLUMAT –Keupayaan mendapat makna daripada maklumat.

Keupayaan untuk mengakses,menilai dan mengguna maklumat dari pelbagai sumber.

Apa dia akses?
Mengenalpasti keperluan
Bertanyakan soalan berhubung dengan keperluan
Mengenalpasti sumber maklumat
Menyediakan strategi pencarian
Mengesan maklumat –cetak dan ‘technology-based’

Apa dia penilaian?
Memilih dan menilai maklumat
Menentukan kewibawaan
Menentukan ketepatan dan kesesuaian
Mengenalpasti pandangan dan fakta
Buang maklumat salah/mengelirukan
Cipta idea bagi menggantikan maklumat salah/kurang tepat

Refleksi

          Dalam kuliah hari, saya berasa amat gembira dan bersyukur kerana berpeluang mempelajari tentang maklumat yang berkaitan dengan literasi maklumat. Saya berharap saya dapat  selalu menambah ilmu pengetahuan dari segi literasi maklumat.  


Ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pmbelajaran pada 26-9-2011

          Dalam kuliah hari ini, kita telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Langkah penyelidikan pertama ialah menentukan tugasan atau keperluan.
Langkah-langkahnya ialah :

1.1 Tentukan tujuan
1.2 Tentukan masalah, tanya soalan
1.3 Tentukan keperluan maklumat berhubung dengan masalah
1.4 Gambarkan dengan tepat skop sesuatu topik
1.5 Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
1.6 Buat gambaran/Peta minda
2. Menstrategi proses mengesan sumber.
2.1 Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada
2.2 Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak
2.3 Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan
3. Lokasi dan Akses
3.1 Mengesan sumber maklumat ( fizikal dan intelektual)
3.2 Cari maklumat daripada sumber.
3.3 Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT.
4. Mengguna Maklumat
4.1 Terlibat secara aktif ( membaca, mendengar, melihat, melayari Laman Web)
4.2 Mendapatkan maklumat daripada sumber.
4.3 Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT.
5. Sintesis ( sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber )
5.1 Menyusun maklumat daripada
      - mengguna bahan dengan gaya sendiri
    - guna “ Critikal- Thinking Skills ”
5.2 Menyampaikan maklumat
     - ubahsuai maklumat mengikut format penyampai
     - berkomunikasi dengan tepat, mengambilkira media, mesej dan penonton
6. Penilaian ( kritis )
6.1 Nilai keberkesanan produk kajian
6.2 Nilai keberkesanan dan keefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan

Refleksi

          Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya lagi. Kali ini, saya telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Sebelum ini, saya rasa tidak pernah dengar tentang ini. Oleh itu, saya amat gembira kerana dapat mengetahuinya.