Sunday, 2 October 2011

Ringkasan Pembelajaran


Ringkasan Pmbelajaran pada 26-9-2011

          Dalam kuliah hari ini, kita telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Langkah penyelidikan pertama ialah menentukan tugasan atau keperluan.
Langkah-langkahnya ialah :

1.1 Tentukan tujuan
1.2 Tentukan masalah, tanya soalan
1.3 Tentukan keperluan maklumat berhubung dengan masalah
1.4 Gambarkan dengan tepat skop sesuatu topik
1.5 Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
1.6 Buat gambaran/Peta minda
2. Menstrategi proses mengesan sumber.
2.1 Tentukan kepelbagaian sumber yang mungkin ada
2.2 Memahami bahawa bahan elektronik seperti Laman Web dan CDR adalah pelengkap kepada bahan cetak
2.3 Nilai dan pilih sumber yang mungkin sesuai mengikut keperluan
3. Lokasi dan Akses
3.1 Mengesan sumber maklumat ( fizikal dan intelektual)
3.2 Cari maklumat daripada sumber.
3.3 Perlu ada kemahiran perpustakaan membaca, belajar dan ICT.
4. Mengguna Maklumat
4.1 Terlibat secara aktif ( membaca, mendengar, melihat, melayari Laman Web)
4.2 Mendapatkan maklumat daripada sumber.
4.3 Perlu ada kemahiran membaca, menulis, belajar dan ICT.
5. Sintesis ( sepadukan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber )
5.1 Menyusun maklumat daripada
      - mengguna bahan dengan gaya sendiri
    - guna “ Critikal- Thinking Skills ”
5.2 Menyampaikan maklumat
     - ubahsuai maklumat mengikut format penyampai
     - berkomunikasi dengan tepat, mengambilkira media, mesej dan penonton
6. Penilaian ( kritis )
6.1 Nilai keberkesanan produk kajian
6.2 Nilai keberkesanan dan keefisienan proses penyelesaian masalah yang dijalankan

Refleksi

          Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya lagi. Kali ini, saya telah belajar tentang  Model “The Big Six Skills”. Sebelum ini, saya rasa tidak pernah dengar tentang ini. Oleh itu, saya amat gembira kerana dapat mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment