Monday, 8 August 2011

Ringkasan Pembelajaran

8-8-2011

Refleksi
          Selepas  habis kelas hari ini , saya sudah menambah ilmu pengetahuan dari segi TMK dalam penggunaan Microsoft Excel . Saya  dapat tahu bagaimana menggunakannya untuk mencari markah maximum dan markah minimum.
          Seterusnya , saya juga boleh mendapat tahu kedudukan pelajar dalam kelas dengan cepat menerusi Microsoft ini . Saya juga boleh membuat analisis bagi setiap mata pelajaran pelajar dalam kelas supaya boleh menunjukkannya kepada guru besar kita pada masa kelak iaitu memudahkan beliau mendapat tahu prestasi pelajar dalam kelas. Beliau boleh tahu berapaka orang murid yang mendapat gred “A, B, C  da E “ dalam kelas-kelas tertentu.   Saya berasa amat gembira kerana dapat peluang ini untuk belajar ilmu ini. 



Ringkasan pembelajaran
      Dalam kelas hari ini , Puan Zakiah telah mengajar kami semua orang tentang  cara-cara menilai kedudukan pelajar dalam kelas . Caranya ialah kami harus highlight semua dari NAMA PELAJAR sehingga PURATA, seterusnya click DATA , click SORT, seterusnya ambil (Largest ke Smallest/ Smallest ke Largest), Sort by (PURATA / JUMLAH) .Kami boleh memilih secara sesuka hati . 

       Selain itu, kami juga boleh formulae untuk jadual kita.Kadang-kadang kami membuat markah pelajar yang sangat banyak , kami tidak dapat melihat semua markahnya sekaligus, kami boleh menggunakan FREEZE PANES ,dengan itu kami boleh melihat markah murid pada masa yang sama . Kalau mahu balik yang tadi , kami boleh click unfree panes . Caranya ialah :
Click VIEW – Click Freeze Panes – click Freeze Top Row


         Seterusnya , cara-cara untuk mencari markah minimum dan markah maximum untuk setiap mata pelajaran ialah :
Click Formulae –click Recently used [ cari perkataan (MIN / MAX)]-  highlight nombor markah- markah tertentu – akhirnya click OK.


          Akhir sekali ,cara untuk mengira bilangan murid yang mendapat gred-gred tertentu ,
Click Recently used – click COUNTIF- seterusnya akan keluar satu kotak ,dalam kotak tersebut [Range : click gred  bagi mata pelajaran tertentu:; Criteria: tulis macam ini –“A”{contoh}]- click OK.
Cara membuat satu graf untuk menerangkan maklumat-maklumat tadi ialah highlight semua data kecuali Jumlah , click Design , dan click satu graf yang kita mahu

No comments:

Post a Comment