3-8-2011 (Rabu)
Dalam kelas hari ini , Puan zakiah telah mengajar kami semua orang cara untuk menggunakan Microsoft Excel dengan cara yang betul. Dalam Microsoft Excel ini , column adalah diwakili dengan huruf A , B , C , iaitu dari kiri ke kanan . Manakala row adalah diwakili dengan nombor 1 ,2 , 3 , 4 dan seterusnya iaitu dari atas ke bawah . Selain itu , fx mewakili formula box , dan depan fx box itu adalah mewakili name box.
Seterusnya , Puan zakiah mengajar kami cara untuk membuat catatan markah peperiksaan ujian bulanan ke dalam Microsoft Excel dengan cepat dan mudah . Setelah itu , kami pun mula menaip maklumat yang sepatutnya perlu ada dalam microsoft ini ke dalamnya. Dalam kotak pertama adalah bil iaitu tulis nombor murid yang ada dalam kelas tersebut seperti tulis 1 hingga 20. Bagi memudahkan iaitu tidak perlu kami selalu ulang tulis nombor tersebut , kami mula-mula cuma perlu tulis 1 ,2 dan highlight nombor yang ditulis itu , kami copy sahaja kami pun boleh habis sebanyak yang kami mahu .
Kalau kami mahu mengkosongkan satu kotak , kami boleh click kotak pertama itu , dan kami right click , seterusnya click perkataan insert. Di bawah microsoft ini mempunyai perkataan sheet 1 dan sheet 2 , sebenarnya kami boleh menukarkan nama tersebut , caranya ialah kami hanya perlu right click , dan kami click perkataan rename, dengan itu kami boleh tulis apa saja yang kami mahu tulis.
Selain itu , kalau kami mahu mengira jumlah bagi markah yang kami telah masuk dengan mudah dan cepat , kami boleh click Formulas --click Recently used -- click Sum -- highlight (cth: L4- G4) --click ok, dengan itu , siaplah jumlah markah murid.
Cara mengira purata markah murid adalah agak sama dengan pengiraan jumlah markah murid , CUMA semasa click sampai (SUM) , kami tukarkannya dengan click (AVERAGE) , yang lain sama sahaja . Seterusnya , kalau kami mahu menilai markah kelulusan murid , kami boleh highlight semua markah murid ,---click Home -- click Conditional formatting-- click new rules -- click Format only cells that contain -- kotak (between ) click more than or equal ,--dalam kotak tepi (between )menaip markah yang kami mahu , jadi kami boleh dapat markah yang kami ingin menilai .
Akhir sekali , kami juga boleh menggunakan Microsoft Excel ini untuk menilai prestasi murid sama ada keputusan mereka lemah , sederhana , baik , memuaskan atau cemerlang . Kami boleh menilai dengan mudah .
Refleksi
Dalam kelas hari ini , Puan Zakiah telah mengajar kami semua orang cara menggunakan Microsoft Excel . Puan menyatakan bahawa sesiapa yang suka akan matematik amat suka Microsoft Excel ini . Selain itu , Puan juga cakap sebenarnya Microsoft ini juga boleh digunakan untuk bermain games .
\ Sebelum ini , saya pernah buka Microsoft ini tetapi tidak tahu apa kegunaannya . Oleh itu , saya tidak pernah fikir saya mempunyai peluang ini untuk belajar cara menggunakan Microsoft Excel . Hari ini , saya berasa amat gembira kerana saya berpeluang untuk belajarnya . Saya berharap dapat belajar banyak lagi tentang penggunaan Microsoft excel ini .
No comments:
Post a Comment