Friday, 8 July 2011

Ringkasan Pembelajaran

28-6-2011

        Dalam pembelajaran hari ini, Puan Zakiah telah mula pengajarannya dengan menanyakan kami definisi bagi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi . Sebenarnya , Teknologi Maklumat Dan Komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Teknologi merujuk kepada perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

               Maklumat atau informasi merupakan hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkasnya, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan.
             
              Komunikasi ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik.Definisi komunikasi ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain".

             Selain itu, Puan Zakiah juga menyuruh kami semua balik cari tentang perkakasan komputer supaya kami lebih faham dan akan dibincangkan pada keesokan harinya semasa ada kelasnya nanti.



Refleksi
     

             Setelah saya menghabiskan pembelajaran hari ini, saya telah memahami definisi bagi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Definisi bagi teknologi  maklumat ialah pemerolehan, pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat yang berasaskan gabungan teknologi komputer dan telekomunikasi.
           
           Istilah umum bagi bidang yang meliputi perkomputeran, perhubungan dan teknik mengendalikan maklumat. Sebarang bentuk teknologi, iaitu peralatan atau teknik, yang digunakan orang untuk mengendalikan maklumat.
         
            Selain itu,saya juga tahu teknologi maklumat dan komunikasi amat penting pada masa kini supaya negara kita menjadi semakin maju . Oleh itu, sebagai seorang bakal pendidik ,kami semua harus belajar bersungguh-sungguh dalam subjek TMK supaya dapat membantu saya pada kelak terutamanya dalam aktiviti pengajaran yang bakal dijalankan.

No comments:

Post a Comment