Saturday, 9 July 2011

Ringkasan Pembelajaran

4-7-2011


      Hari ini pula, Puan Zakiah memulakan pengajarannya dengan berbincang dengan kami semua  tentang komponen komputer iaitu perkakasan komputer  . Setelah saya mencari ,saya dapat tahu perkakasan komputer  adalah merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
    
       Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

       Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

        Perkakasan atau  dikenali sebagai “Hardware” komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa. Secara umumnya, hardware komputer boleh dibahagikan menjadi 4 bahagian seperti berikut:
  1. Alat Input
    - Touch screen
    - Keyboard
    - Mouse
    - Scanner
    - CD-Rom
    - Floppy disk
    - Trackball
    - MIC
    - Pointing device
  2. Alat Proses
    Terdiri daripada CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut.
  3. Alat Ouput
    -
    Printer
    - Monitor
    - CD-RW
    - DVD-RW
    - Floppy disk drive
    - Plotter
  4. Media Penyimpanan
    - Hard disk
    - Disket
    - Flash memory
    - Thumb drive
 

Refleksi

       Dalam pembelajaran hari ini , saya lebih memahami dengan perkakasan komputer. Walaupun saya hampir setiap hari menggunakan komputer, tetapi saya sebenarnya kurang pandai dalam penggunaan komputer . 

        Selain itu , saya juga dapat tahu 1kb=1024 bytes, dan 1 byte =8 bit .  Saya tahu saya seorang yang kurang pandai dalam penggunaan komputer, oleh itu, saya akan belajar dengan lebih tekun lagi ,supaya saya boleh menguasai asas ilmu pengetahuan dalam subjek TMK ini.   

No comments:

Post a Comment