Pada permulaan kelas hari ini, Puan Zakiah telah memberi satu kuiz kepada kami semua selama 10 minit iaitu tentang topik-topik yang diajar oleh dia dalam kelas sebelum itu . Setelah itu, Puan Zakiah mengajar kami bagaimana mencari file-file yang hilang dalam komputer dengan menggunakan cara-cara tersebut.
Kalau kami mahu mencari dokumen-dokumen yang hilang , kami boleh search dengan menaip :
Bagi carian dokumen seperti dalam Microsoft word,kami boleh menaip .doc ,.dot , *.docx……
Carian movie, boleh search dengan menaip .mov , .avi , .mpeg …..
Bagi carian pictures, boleh search dan menaip *.gif , *.jpeg , *.jpg , *.bmp…..
Bagi carian music pula, boleh search dan menaip *. mp3 , .au , wav…..
Cara- cara untuk merakam suara ialah:
All Program - to Accessories—to Entertainment—to sound recorder
Seterusnya,Puan Zakiah juga menyuruh kami mencari jenis-jenis virus komputer.Di bawah merupakan hasil-hasil pencarian saya :
Apa Itu Virus KomputerVirus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.
Jenis-Jenis Virus Biasa
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.
PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.
FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail . dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).
MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan
MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.
TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabila ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.
WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.
Refleksi
Setelah pembelajaran hari ini , saya telah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam TMK, Saya telah belajar bagaimana boleh mencari fail-fail yang hilang dengan cara yang cepat dan tepat , saya boleh mencarinya dengan mudah . Selain itu , saya juga belajar cara untuk merakam suara dengan menggunakan komputer dan membuat satu movie dengan menggabungkan foto-foto tersebut.Selain itu, saya juga dapat tahu jenis-jenis virus komputer.Antaranya ialah BOOT SECTOR, PARTITION TABLE, FILE VIRUS, MULTIPARTITE VIRUS, MACRO VIRUS, TROJAN HORSE, DAN WORMS.Saya berasa amat gembira kerana dapat belajar semua ini .
No comments:
Post a Comment